Wednesday, 18 December 2019

LALAMOVE

My first story in my blog.
More to come 😊😊

Bagi yang tidak pernah lagi mendengar tentang lalamove, ia adalah penyedia logistik on-demand. Bahasa mudahnya adalah Grab untuk penghantaran barang.
So kalau nak barang itu sampai ke pelanggan secepat mungkin, boleh la try perkhidmatan ni.
Menarik taw.  Sebab kalau guna pos laju pun, paling lajuu sampai kat pelanggan pun 2 hari.
Sebab penghantaran dikira menggunakan minit dan bukannya hari ye.
Pembayaran pun berpandukan jarak dan bukan nya berat barang.

Ia membolehkan pelanggan untuk memilih jenis kenderaan yang sesuai untuk barang yang dihantar.
Bermula daripada motosikal, kereta, van dan lori. So kalau nak hantar kek, jangan lah pilih rider yang bawa motosikal pulak ye. Hancur kek tu kang sebelum sempat buat surprise kat orang tersayang 😆

Okay, itu serba sedikit tentang apa itu lalamove.

So next saya akan bercerita tentang bagaimana cara saya mendaftar sebagai lalamove rider ni.

1. Install apps Lalamove  Driver dahulu.



  • Make sure install yang ada perkataan driver di Apps Store atau Google Play Store.
  • Sebelum boleh aktifkan account, korang akan nampak mesej  di bawah ini;

"You will need to attend our training session in our office or do online/virtual training in order for your account to be verified."

Untuk training yang akan diadakan di HQ lalamove, korang boleh pilih tarikh kat apps tu.
Tapi macam saya, saya cuma melalui online/virtual training sahaja.
So akan ada video dan soalan2 yang akan ditanyakan.
Ada markah lulus ye. Markah penuh 20. So kena dapat 16 markah ke atas.
Alhamdullilah saya dapat 17.5 (Lulus cukup-cukup makan je 😊😊  )

2. Upload

Setelah itu, ada 4 benda yang kita perlu upload dalam apps tu sebelum kita boleh diterima menjadi lalamove rider ni. Semua keempat-empat ni kena tangkap gambar.

  • IC (IC Merah atau IC sementara x diterima ye)
  • Drivng License (L tak diterima)
  • Gamba kenderaan yang jelas dan menampakkan plat number dengan jelas (Taxi tak dibenarkan)
  • Driver photo (Driver selfie korang)
3. Tunggu account diaktifkan

Macam saya, kena tunggu dalam sehari.

4. Account dah aktif

Yeayyyy, dah boleh start terima job yg bersesuaian dengan korang.


 Tapi masa training tu ada diberitahu ye , apa akan berlaku seandainya korang suka2 cancel order n macam2 lagi. (Itu la pentingnya training tu)

This is my first delivery. I accept this job on my way back as this location is really near to my home. 
Best kan. Balik kerja pun boleh buat extra money. 








This is how it looks kalau banyak order yang masuk. So tengok dulu location and details sebelum accept tu. 

















Personally, for me i kinda love this part time job as i love driving. So driving sambil cari duit lebih 😊😊 And kerja pun mengikut waktu kita tanpa terikat dengan sesiapa, sangat lah flexibel.
Selamat mencuba.....










3 comments:

  1. Hi nak tanya, kalau pakai kereta apa2 pun tak kisah ke ? Saya pakai kereta blm saga yg dah 10 tahun

    ReplyDelete
  2. Hello just nk tanya...untuk dptkan job lalamove...adakah kita kena bergerak seperti grab driver ataupun tggu dilokasi tertentu

    ReplyDelete